Saturday, March 31, 2012

Coretan hati pesakit Mata

Bismillahirrahmanirrahim,

Allahumma solli ala saiyidina muhammad,wa'ala alihi saiyidina muhammad.

alhamdulillah, akhirnya setelah hampir setahun lebih,terbuka juga hatiku untuk menulis sedikit coretan yang terbuku di hati.Hatiku semakin berdebar-debar menunggu saat itu. Tidak tergambar dan tidak terluah untuk menunggu hari yang bersejarah ini.Takut,gembira,sedih,pilu,dan pelbagai lagi perasaan yang tidak mampu digambarkan.

Aku ingin kembali mengimbasi saat-saat di mana aku didapati ada masalah mata.Ketika itu aku seperti sudah dapat mengagak aku menghidap penyakit mata oleh kerana mataku semakin lama semakin bermasalah.Seminggu setelah aku kembali semula ke mesir setelah pulang bercuti di Singapura,aku pun pergi bersama sepupuku(yang tidak pernah kenal erti penat dalam menemaniku ke mana sahaja) untuk ke Pusat Rawatan Mata.Ternyata tekaanku tepat.Aku disahkan menghidapi penyakit mata yang bernama"keratoconus" pada september 2008.Tak tergambar perasaan ketika itu tetapi aku tahu ini adalah sebahagian dari ujian kehidupan.


Firman Allah berbunyi:“Apakah kalian mengira bahawa kalian akan masuk ke dalam syurga, padahal belum datang kepada kalian (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)

Aku cuba Jalani kehidupan seperti biasa.Aku cuba terima hakikat tentang penyakit mataku kerana doktor kata penyakit mata aku ini masih dalam kajian dan tiada penyembuhan.Kalau dari segi melihat,aku boleh terima kadar penglihatanku kerana aku sudah agak lama tidak nampak dan terbiasa pun tak berapa nampak.Tetapi hari semakin hari,aku semakin tidak nampak.Aku cuba belajar bersabar dan bertawakkal tetapi ternyata ia bukan mudah untuk dikecapi.Kesabaran merupakan perkara yang amat dicintai oleh Allah dan sangat dibutuhkan seorang muslim dalam menghadapi ujian atau cubaan yang dialaminya. Sebagaimana dalam firman-Nya : “…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS. Al Imran : 146)

Aku semakin butuhkan pertolongan sepupu dan kawan-kawan di Mesir.Aku dicadangkan untuk pakai Hard lens.Aku cuba gagahkan diri pakai selama mungkin walaupun pedih yang amat sangat.Aku bersyukur yang teramat sangat.Satu kenikmatan yang tidak terkira bila memakai hardlens adalah apabila dapat melihat dengan terang keadaan sekeliling.Rupa yang gelap bertambah cerah.Keadaan yang disangka gelap rupanya terang.Aku dapat melihat dalam keadaan yang sangat terang.Aku sangat bersyukur sebab Allah kasi aku peluang tersebut.Pengajaran yang aku dapat adalah hargai mata dan cuba guna sebaik mungkin mataku.


Allah baru sahaja tarik satu nikmat mata.Allah baru beri sedikit sahaja ujian kalau nak dibandingkan dengan para pendakwah di luar sana.Orang lain pun lagi banyak ujian.Tetapi aku yang sedikit sahaja diuji menggelabah macam nak apa.
Firman Allah berbunyi“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2: 286) Akhirnya April 2009 aku kembali ke Singapura untuk mencari rawatan untuk mataku ini.

Kepulangan aku ke Singapura telah banyak mengajarku erti pengorbanan Keluarga.Keluargaku bersusah payah mencari rawatan hospital dan Tradisional.Aku hampir berputus asa kerana akhirnya satu keputusan atau penylesaian rawatan mata di Singapura adalah aku harus dibedah atau perlu buat "corneal transplant" iaitu diistilahkan sebagai buang kornea mataku dan ambil organ kornea yang sesuai dan syaratnya orang itu baru sahaja mati 24 jam. Ketika itu,aku tak tahu macam mana nak fikir tentang masa hadapan.Tetapi aku yakin Allah pasti tahu yang terbaik.Teringat kata mak bila aku berbincang dengan mak,mak cakap:"Izah,kalaulah dia boleh ambil kornea mata mak,mak sanggup kasi".Kata-kata mak membuatkan aku terus bersemangat dan tak mahu berputus asa.Mak dah banyak sangat berkorban.Aku kena terus berjuang untuk kehidupan dan dakwah kerana dunia adalah sementara.Apalah sangat ujian ini dibandingkan dengan yang Rasullullah hadapi.

Aku semakin cuba fahami kehidupan aku sebagai Da'i.Aku cuba hayati perjuangan kehidupan ini.Bagaimana kita nak dapat Khilafah Islamiyyah kalau da'i macam aku asyik futur dan tak bersemangat.Beberapa tahun aku cuba gagahkan diri.Kadang-kadang aku takut.Aku penat menjawab jawapan semua orang."nampak tak"?"Besarnya screen komputer.tak nampak ke?""Akak nampak macam mane"?"kalau lambai ni,nampak tak?"Pada mulanya,aku selalu tension dan tertekan bila disoal soalan begitu tetapi lama kelamaan aku tahu mereka bertanya sebab mereka sayangkan aku.Aku mula mencari semangat dan sesiapa yang bertanya,aku akan menerangkan dengan penuh kesungguhan walaupun hatiku Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya untuk aku menceritakan.Aku cuba berlagak tenang walaupun hati ini rasa tidak kuat.Aku tak nampak seperti orang lain lagi-lagi kalau malam.Aku tak nampak.Aku perlukan pertolongan.Aku perlu untuk dipimpin oleh orang lain.Tapi takkan aku nak cerita dengan semua orang.Orang buta pun hanya memakai tongkat untuk menunjuk jalan kepada mereka.Aku tak buta.Walaupun samar-samar,masih boleh nampak.Walaupun mataku tak dapat tahan lama untuk focus,aku masih boleh membaca,masih blh tgk internet,msh ada beribu2 kenikmatan.

Aku cuba guna mata sebaik mungkin pada perkara yang lebih penting.Semakin lama,aku kena cuba hadkan masa untuk membaca dan keperluan yang lebih penting dan yang lebih memerlukan.Tetapi sudut hatiku,tidak pernah berputus asa untuk mencari rawatan mata yang paling baik untuk mataku.


Akhirnya Tahun 2012 membawa sejarah buat diriku.Pertama aku terasa sangat bahgia dan gembira dengan kedatangan mak dan adikku ke Mesir.Ternyata kedatangan mereka membawa rahmah buat diriku.Pada dulunya emak tak mengizinkan untuk buat operation mata di sini,akhirnya emak dan ayah mengizinkan setelah aku beri detail tentang rawatan mata di sini.


Rawatan mata di Mesir telah dikenal pasti antara yang terbaik di dunia.Dan akhirnya aku juga yakin inilah keputusan yang terbaik.Keputusan yang bakal merubah hidupku.Aku belum lagi buat operation tetapi keputusannya nanti aku pasrah pada yang esa.Buruk baik operation ini,aku harap aku dapat terima dengan redha.


Aku akan menjalani 2 Operation yang berbeza.
1- 13/4 (crosslinking operation)(mata kanan)
2- 18/4 (Intact corneal ring operation)(mata kiri)
Operation kedua yang menentukan sama ada aku akan nampak dengan lebih baik.


Aku sangat bersyukur setelah hampir 5 tahun akhirnya aku bertemu dengan penyelesaian.Walaupun natijah belum diketahui,aku yakin Allah sebaik2 perancang.Allah sebaik2 pergantungan.Di kala aku sedih dengan keadaan mata,aku selalu dapat semangat dengan membaca Tafsir Qur'an.Allah tidak menzalimi hambanya.Aku Rasa sangat berdosa.Aku malu Pada Allah.Aku tak cukup amalan lagi.Aku kena tambah pahala.Aku kena teruskan perjuangan kehidupan walau apa pun terjadi.Aku ingin hidup mulia atau mati syahid.Aku kena teruskan demi allah dan Rasul.


Untuk mak,ayah,abang,kak noni,hady n imah....Terima kasih banyak2 kerana banyak berkorban untuk Izah.Maafkan Izah atas segala salah dan silap.Doakan operation ini berjaya.

Untuk wara yang banyak melayan kerenah kak fiza.Terima kasih sentiasa dan tidak putus memberi semangat untuk kak fiza.wara adik yang baik.maaf atas segala kekhilafan dan insyaallah kita akan perjuangkan dakwah di Singapore.

Untuk semua murabbi2 ku,Terima kasih kerana perkenalkanku tentang jalan dakwah yang sangat Indah ini.Tarbiyah mengajarku erti segala-segalannya.Tarbiyah mengajar untuk aku menerima segala kekurangan dalam diriku ini.Jangan pernah putus mendidik diri ini.

Untuk akhawat2 yang banyak sangat bantu ana...Jazakunnallahu khairan kathira.....akhawat semua adalah semangat untuk ana..segala kata2 akhawat akn ana semai di dada.Doakan operation ana berjaya seterusnya dapat menghambakan diri untuk dakwah sebaik mungkin.


Untuk saudara mara,guru2,kawan2,jiran2 dan semua yang membaca coretan ku ini,harapan ku agar mendoakan operasi ini berjaya.dan harapan dari operasi ini,moga peluang kedua yang Allah berikan untukku digunakan sebaik mungkin untuk dakwah dan jalan Akhirat.

Operasi ini adalah sangat penting buatku.Setiap hari aku memikirkannya dan menyiapkan diri untuk operasi tersebut.Andailah kematian diketahui,bagaimanakah pula persiapan kita?Ini hanya di dunia.Memikirkan operasiku ini tidak akan bawa ke mana.Tetapi Peringatan kepada kematian membuatkan kita semakin berusaha untuk membuat amal soleh agar dapat menempatkan diri di Syurga.Aku ingin ke Syurga Allah:('.Moga Allah dapat kabulkan permintaan aku ini.Aku ingin meminta maaf sekali lagi atas segala salah dan silap.Dan kalau ada hutang sila beritahu ya.Doakan agar operasi ini berjaya.Doakan juga agar aku dapat menggunakan mataku sebaik mungkin untuk dakwah dan Jalan Akhirat.

“Supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.”
(Surah Al-Hadid : Ayat 23)

"Allah sebaik-baik perancang":)

15 comments:

  1. Allah yusahhilik, kakfiza..doa saya, agar Allah sembuhkan mata akak, kembalikan semula nikwat yg mungkin Allah, ambil sekejap dari akak, supaya dinaikkan darjat akak, berkat kesabaran akak, diampunkan dosa2 kecil akak, berkat redha akak terhadap ketentuanNya.

    InshaAllah, penyakit tu dari Allah, jd Dia jualah penyembuhnya. sama2 kita doa, agar operation yg bakal akak jalani berjaya.dan yang penting, akak sembuh sepenuhnya. i know u r strong, sis :)

    Allah yashfeek..uhibbuki fillaah abada <3

    ReplyDelete
  2. semoga yg terbaik kn dperoleh...kesabaran kak sangat tinggi nilainya di sisi Allah...Hanya yg merasa tahu bagaimana sukarnya...kita yg membaca...cuma mencubamenghayatii...

    semoga operation akak akan berjaya..

    Allahu yashfik..uhibbuki fillah... ^_^

    ReplyDelete
  3. kak fiza,
    moga ALLAh mudahkan segala urusan akk,
    ujian kesakitan adalah kaffarah dosa akk,
    ALLAH sayang akk kan??

    insya allah,
    doa kami sentiasa mengiringi akk!
    ALLAH will make u strong,ukht!
    sayang akk fillah~

    ReplyDelete
  4. Salam ukhti, terima kasih sebab ajar ana banyak perkara. Ajar ana sabar dengan ujian, ukhti beri kekuatan bila ana hilang semangat, walaupun ana hanya melihat kesabaran ukhti tanpa ukhti cakap apa2 pun pada ana. Jazakillah khayran, semoga Allah permudahkan urusan ukhti. Ukhibbuki fillah :)

    ReplyDelete
  5. Allahu Allah.

    Moga coretan ini dapat menambajkah iman penulis dan setiap pembacanya.

    Kak Fiza, betapa Allah sayang akak. sangat! Setiap ujian Allah bagi kerana mahu meningkatkan darjat hambanya.

    Moga Allah yang Maha Kuat terus menguatkan kita. Hambanya yang lemah dan dhaif ini. rabbuna yusahhil.

    ReplyDelete
  6. Siti Norijah Md ArisApril 1, 2012 at 6:45 AM

    Syafaakillaah.... semoga Allah memberi ganjaran pada hambanya yg sabar dan redha. InnAllahha ma'assobireen... Cik Siti doakan semoga berjaya segala-galanya. Aameen. ;)

    ReplyDelete
  7. ukhti fizah,
    beruntunglah kerana hakikatnya inilah tarbiyah istimewa yang Alah berikan khas untuk akk.. dan sungguh, ana doakan ujian ini yang meninggikan darjat ukhti disisi Allah subhanahu wa taala..

    ukhti, semoga pergantungan enti pd Allah semakin utuh,semakin kuat

    ReplyDelete
  8. xtersangka rupanya soalan2 tu membuatkan k fiza rasa tertekan awal2nya. bila difikirkan balik logik apa yg k fiza rasa. semua org pun akan rasa mcm tu. betapa k fiza cool je nampak selama ni. Rabbuna yuqowik madal hayah iAllah. Tawakal tu anugerah Allah. Kalu k fiza rasa dh dapat menyentuhnya, mubarak alaik, jika dah memeluknya alf mubaraka. Berdoalah k fiza. doa org sakit mustajab. doakan akw, dakwah dan ummah. Rabbuna maaki ya ukhti habibty =)

    ReplyDelete
  9. Mata Saya juga Keratoconous.
    Sejak 2013 sampai sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tau pmbedahan tu berjaya ke dn mata awk dh elok smual ke? Mksudnye tpyh pakai contact lencs dh ke bolhe pakia spek mata dah?

      Delete