Wednesday, November 24, 2010

Sedikit Muhasabah

Alhamdulillah,diam tak diam rasanya memang ana lama tidak menulis di blog ini..........Kadang-kadang terpikir masa mula-mula buat blog bukan main semangat berkobar-kobar.......Tapi lama kelamaan kembali hilang menyepi....rupa-rupanya untuk istiqamah menulis memerlukan satu kejuhudan yang besar.......Tidak kiralah sama ada menulis blog ke belajar ke yang penting bila membuat sesuatu perkara mestilah dengan bersungguh-sungguh....yang pasti kita kena ada matlamat yang ingin dicapai......Diam tak diam rupanya ana dah menetap di mesir lebih kurang 5 tahun......Teringat kembali tahun pertama ana di mesir.....ana janji akan membawa kebahgiaan dan janjikan kejayaan buat keluarga ana.......Maklumlah kalau nak diceritakan kepayahan keluarga dan masalah-masalah yang berlaku,pasti panjang.......cuma bila teringat kembali janji ana pada emak ana,tiba-tiba rasa sedih.......Adakah ana dah lakukan yang terbaik seperti yang dijanjikan?Semakin lama ana di mesir,semakin ana rasa berat hati untuk pulang ke Tanah air.......Ana rasa makin jahil bila banyak belajar......Ya Allah....Permudahkan urusanku di sini..........Sebelum balik ni,pasti ada target2 tertentu yang ingin dicapai........Semakin ana duduk lama dalam tarbiyah,ana rasa semakin kerdil......Ana rasa banyak yang ana belum laksanakan........Ana takut kadang2.....adakah ujian2 yang menimpa pada diri ana merupakan kesilapan dari dosa2 ana yang lalu........Ya Allah,,,,Kadang-kadang rasa mahu menangis mengenangkan dosa yang lalu......Ana takut.....Moga Allah ampunkan segala dosa-dosaku........Rasa nak nangis sangat2.......tiba2 terkedu bila ana buka tafsir quran,seolah-olah allah nak mendidik diri dan nak ingat kan diri ana......
Ayat quran ini dari surah arrum berbunyi:"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Islam;sesuai kepada fitrah Allah disebabkan dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah.Itulah agama yang lurus,tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.
Ayat seterusnya berbunyi:"dengan kembali bertaubat kepadanya dan bertakwalah kepadanya serta laksanakanlah sholat, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.(31-32)

Ayat ini banyak tersirat dan tersurat maksud di dalamnya.........Moga-moga kita semua termasuk dalam orang yang beramal soleh.......Hari semakin kelam dan mata ana pun semakin mengecil,ini hanyalah permulaan atau mukaddimah setelah lama tidak menulis,moga-moga ana pun teruskan dengan penulisan ini supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam......Doakan ana dapat beramal:)

Thursday, June 3, 2010

Ulasan dari Hilal Asyraf berkaitan serangan kapal konvoi........Apa yang Allah nak ajar kita?

Perkongsian: 31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?
Jun 1st, 2010
by Hilal Asyraf.




Sungguh, kita adalah raja yang telah direndahkan martabatnya. Bukan kerana kuatnya musuh kita. Tetapi kerana lemahnya diri kita.

Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka.

Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya.

Sungguh saya melihat gelombang besar di dalam Facebook apabila kebanyakan news feed galak mencritakan peristiwa 31 Mei 2010. Forward memforward mesej, bertukar-tukar berita, laungan-laungan semangat, celaan dan selaan kepada Israel, kata-kata pembakar kepada kepimpinan dan 1001 macam lagi ekspressi.

Saya memandang jauh. Berhadapan realiti, saya tahu kemenangan tak akan sampai esok.

Justeru saya suka agar yang mengikuti Langit Ilahi belajar dari peristiwa.

31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?

Di sini kita muhasabah diri dan melihat kunci kemenangan yang sebenarnya.


Hakikat sebuah perjuangan

Mungkin sebelum ini, kita sering sahaja melaung-laung akan perjuangan. Saya masih ingat betapa dari saya kecil, entah sudah berapa orang menyebut, dan entah sudah berapa kali saya dengar, suara-suara yang menyatakan harapan mereka:

“Ana nanti, nak pergi Palestin, bantu orang di sana”

Dan apabila konvoi Lifeline4Gaza bergerak, saya melihat realitinya. Manusia-manusia yang membumikan harapan mereka yang besar lagi tinggi. Mereka ini, kita lihat, akhirnya tersekat di tengah perjalanan ditahan oleh Israel. Lebih memburukkan, diserang dan ada yang terbunuh. Israel dengan berani menuduh pula bahawa orang di atas kapal yang menyerang terlebih dahulu.

Konvoi yang sekadar membawa bantuan kemanusiaan, dilayan lebih teruk dari binatang.

Maka, itulah dia hakikat perjuangan yang sebenar. Punya risiko. Perjuangan bukanlah satu jalan ‘pasti selamat’ yang kita lalui. Tetapi pejuangan adalah satu jalan yang menuntut pengorbanan.

Maka saya suka kita memandang semula kehidupan kita.

Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, masa lapang pun sukar untuk kita berikan. Harta pun lokek kita kongsikan. Apatah lagi mengorbankan nyawa dengan mengambil risiko berjuang di atas jalan Allah.

Sungguh, kita hanya ada di pinggiran.

Hari ini terjadi, kerana kebodohan semalam

Walaupun saya amat sakit hati dengan tindakan Israel, sikap mereka, dan tindakan konco-konco mereka, saya tetap memandang bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kerana kebodohan ummat Islam itu sendiri sebelum ini.

Kita lihat kehidupan kita. Kita lihat bagaimana keadaan negara-negara yang mencanangkan dirinya negara Islam. Kemudian kita lihat keadaan rakyat-rakyat di dalam negara Islam itu pula. Bagaimana keadaannya?

Kita lihat pula pergerakan-pergerakan dakwah. Bagaimana keadaannya?

Dan kita akan melihat betapa sebelum ini, kita asyik bergaduhan, berpecah belah, larut dalam kemaksiatan, lemas dalam kemungkaran, jauh daripada Allah SWT, tidak mengambil tatacara hidupNya, tidak membumikan ajaran RasulNya, dan melakukan 1001 macam kerosakan baik kepada diri, keluarga, rakan, mahupun negara.

Ummat Islam yang tidak faham Islam menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula malas menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan akan teritori dakwahnya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka.

Kalau kita semua semenjak dahulu lagi tidak memakai pakaian kemegahan dunia, dan telah menyarung pada diri mereka qamis akhirat, nescaya tiada kebaculan kita, pemimpin-pemimpin kita hari ini yang mampu membuatkan perkara ini terjadi. Kapal kemanusiaan terapung di atas laut tanpa diiringi tentera yang boleh menjaga keselamatan? Itu sahaja sudah menunjukkan betapa negara-negara Islam tidak sensitif dengan semangat rakyatnya sendiri.

Dan lihatlah pula kita. Berapa ramai antara kita yang peka dan sensitif? Berapa ramai antara kita yang mengambil Islam sebagai cara hidup? Berapa ramai pula antara kita yang faham akan tuntutan diri sebagai hamba Allah? Berapa ramai pula yang menyebarkannya? Berapa ramai yang senang bersatu berbanding bergaduh?

Berapa ramai dan berapa ramai?


Sudah nyata, apa yang berlaku hari ini, itu kebodohan kita dahulu.

Dan Allah menunjukkan pembayarannya kepada kita hari ini.

Kita lemah dan tidak berdaya.

Hanya mampu menjerit sahaja.

Allah memperkenalkan wajah sebenar musuh kita

Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu saya sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Saya tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi.

Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal semalam. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai dunia. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan merkea kuat hingga ke hari ini.

Sungguh hairan orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini.

Jalan kemenangan bukan dengan jeritan

Saya dapat melihat betapa jeritan, laungan, seruan di dalam Facebook atau di mana-mana sahaja berkenaan peristiwa ini akan senyap tidak berapa masa lagi. Forward-memforward gambar akan berhenti. Post-post berkenaan Palestin akan surut kembali tidak lama lagi.

Saya kira, nanti apabila tawanan perang dibebaskan, dunia akan senyap kembali. Alangkan pembunuhan besar-besaran seperti Shabra dan Shatilla yang menggemparkan dunia pun akhirnya senyap begitu sahaja. Apatah lagi 20 orang yang mati di atas kapal yang cuba merentas Gaza tanpa kebenaran Israel?

Ya, itu realitinya. Jiwa ummat terbius. Semangat hanya hangat-hangat tahi ayam. Kita sampai satu tahap rasa telah menang. Menang sorak sahaja hakikatnya. Kita rasa puas dengan membakar bendera Israel. Mendelete lambang-lambangnya di dalam komputer. Menyelar-nyelarnya di dalam internet. Mendoa laknat dan kehancuran untuk mereka.

Tetapi kita lupa, kemenangan memerlukan lebih daripada itu.

Kemenangan perlukan jiwa yang memahami matlamat yang jelas. Kemenangan memerlukan kesatuan yang utuh. Kemenangan perlukan pengorbanan. Kemenangan perlukan perancangan yang bersistematik. Kemenangan bukannya datang sepantas esok apabila kita berusaha hari ini. Kemenangan bukannya datang dengan jeritan-jeritan kita.

Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat.

Api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten.

Persoalan utama, apakah kita telah memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan?

Jangan fikir jerit kita, laungan kita, forward-forward gambar kita, semuanya itu bermakna untuk kemenangan seandainya kita sendiri dalam bentuk jasad dan kehidupan tidak bergerak menewaskan Israel di dalam jiwa kita, di dalam tatacara kehidupan kita.

Israel hanya akan tewas, bila ummah dalam kondisinya yang baik.

Maka siapa yang menggerakkan dirinya, memperbaiki dirinya, dan mengajak masyarakat sekeliling agar kembali kepada Allah SWT? Siapa yang menggerakkan dirinya, agar ikhlas bersatu dengan sahabat-sahabat muslimnya yang lain? Siapakah yang mendidik dirinya agar kehidupannya bergerak atas lembayung Allah SWT?

Siapakah yang berusaha untuk menang ini?

Penutup: Apa yang mereka ada, apa yang kita tiada?


Akhirnya, saya suka kita mengambil pengajaran yang mendalam akan hal 31 Mei 2010. Memang Israel kejam. Tetapi jika difikirkan semula, itulah dia tugasan dan kerja musuh-musuh Allah. Bukankah kita yang lebih kejam daripada Israel sekiranya kita hidup bukan dengan kehidupan Islam yang akhirnya membawa kepada kelemahan ummah dan menyebabkan peristiwa seperti ini berlaku?

Saya suka kita memandang zaman-zaman kemenangan Islam. Zaman Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa yang dua zaman itu ada, dan apa yang kita tiada?

Zaman itu ada masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam, duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil, rakyat yang faham dan semuanya tetap menjungjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Zaman itu ada semua itu.

Zaman kita apa yang ada?

Maka saya melihat, jika hendakkan kemenangan, maka mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.

Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestina.

Kenapa mereka tidak menang?

Jawapan saya, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

Tidakkah kita mengambil pengajaran?

Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.


http://ms.langitilahi.com/
_______________________________________________________________________________________________________________________
*Terima kasih buat penulis kerana berkongsi pandangannya dan minta izin share di blog ini.
*Moga sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan dan kitalah antara yang akan membangkitkan Islam suatu hari nanti.ameen

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu buat Ibuku yang tercinta

Selamat hari ibu diucapkan buat ibuku yang dihormati,
ibu yang amat ku rindui,
ibu yang terlalu banyak mengorbankan segala-galanya buat diriku ini,
walaupun semalam telah kuucapkan padamu
namun rasa tidak lengkap tanpa ku coretkan isi hatiku.
Hakikatnya terlalu pedih atau pilu jika diimbas kembali kenangan lalu,
kenangan yang boleh merentap emosi diri ini,
rasa ingin melutut di depanmu meminta maaf atas segala kesalahan yang lalu.

Terima kasih ibuku,
mendidik diriku dari kecil hingga ke saat ini,
tak pernah jemu mendidik atau berputus asa,
walaupun diri ini sentiasa mencabarmu,
namun ibu tetap bersabar,
melayani kerenahku yang entah apa-apa.

Terima kasih ibu,
sentiasa memberiku semangat saat ku berduka,
walau diri ini jarang meluahkan apa-apa padamu,
namun kekuatan ikatan hubungan dari dalam perut lagi,
membuatmu sentiasa dapat merasai kedukaan anakmu ini.

Terima Kasih ibu,
kerna di saat anakmu ini pernah membencimu suatu ketika dahulu,
Ibu memberikan sepenuh kasih sayang buat diriku ini.
Pernah satu ketika semua orang menyalahiku,
tapi ibu tampil memberiku sokongan.

Butakah mataku ini,
tak endahkan segala jasa baikmu,
pejalkah hatiku ini,
tak pernah nampak kebaikanmu,
Hanya melihat pada kelemahanmu.

Oh ibu,
Anakmu ini baru tersentak dari lamunan,
anakmu ini baru menyedari bila duduk berjauhan,
alhamdulillah diberi peluang menuntut ilmu jauhnya beribu-ribu batu,
Ongkosnya juga dari saku ibu.

Oh,Ibu.
Seringkali diri ini melihat ibu menadah tangan atas sejadah mendoakan anakmu ini,
tak pernah lupa untuk menghadap illahi walau seketika,
dirimu yakin segala-galanya atas takdir Allah.

Maafkan diri ini,
banyak menyusahkanmu,
tak terbalas segala jasamu,
tapi diri ini ingin mengatakan sesuatu,
anakmu ini sangat kagum dengan dirimu.

Ibu sanggup bersusah payah demi anak-anak,
Ibu sanggup menahan perasaan dan hati demi keluarga,
Ibu sanggup menanggung segala-galanya kerana taatkan suruhan Allah dan Rasulnya.

Betapa luhur dan sucinya hatimu ibu,
Ibu juga adalah Qudwahku,
Ibu adalah sumber Inspirasiku,
Ibu juga adalah segala-galanya bagiku.

Anakmu sentiasa berdoa untuk kebahgiaanmu,
tidak lupa untuk keluarga yang tercinta.

Sempena Hari Ibu ini,
anakmu ini ingin meminta maaf atas segala keterlanjuran yang lalu.
sangat dikesali perbuatan lalu,
tapi anakmu ini sudah menyedari dan ingin berubah.
Anakmu ini ingin menjadi anak yang Solehah.
Bukan sahaja pada ibu tapi juga buat ayah yang dihormati,
tidak lupa untuk menjadi adik yang penyayang,
untuk abang dan kakak yang disayangi,
seterusnya menjadi kakak mithali,
buat adik-adikku yang dirindui.
Semoga kita akan jadi keluarga mithali,
bukan sahaja di dunia tapi di akhirat juga.

Akhir sekali,
Selamat Hari Ibu buat Ibunda yang tersayang.
Anakmu ini sangat mencintai dirimu kerana Allah dan Rasulnya.
Uhibbuki Fillah,Ya Ummi:')

Saturday, May 1, 2010

Alfatihah buat nenek yang dicintai

Tiga hari yang lepas sebelum bangun untuk solat Isya' dan qiam,aku telah bermimpi dengan arwah nenek(ketika itu belum lagi meninggal).(Dalam mimpi) ketika aku datang menziarahi nenek,nenek sedang terbaring.Memang nenek aku sedang sakit dan tidak boleh bangun.Aku bertanya pada nenek:"nek,dah solat belum? nenek menjawab:"belum zah,nenek kan tak boleh bangun.lalu aku menjawab:"nek,x pe nek.tak boleh bangun pun boleh solat.lalu (kalau tak silap dalam mimpi)aku tolong nenek dan ambil sembahyangkan untuk nenek dan mengajarkan nenek cara-cara untuk solat.selepas itu,tiba-tiba nenek bangun sambil perhatikan aku dari Jauh.Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi lalu bangun untuk solat.Selesai sahaja solat Isya' dan tahajjud ,aku menelefon ayah untuk bertanya khabar nenek.Aku tidak menelefon nenek kerana maksu kerja dan mungkin tinggal bibik(orang gaji nenek)dan nenek sahaja.Nenek pun ketika itu tidak berapa sihat.Aku pun tidak lagi mengenali bibik yang baru ini lalu aku pun tidak menelefon nenek.Tapi ketika menelefon ayah,aku bertanya dengan ayah tentang keadaan nenek dan menceritakan mimpiku pada ayah.Ayah berjanji akan kirim salam pada nenek.Setelah itu,aku berhasrat untuk menelefon maksu bila ada masa lapang.Tapi semalam pada pukul 7 pagi bila bangun tidur,aku dikejutkan dengan mesej oleh mak yang mengatakan nenek sudah tiada.Lantas aku terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu' sambil bercucuran air mata.Ya Allah,adakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?adakah ini jawapan kepada mimpiku 3 hari lalu?Terimbas kembali kenangan bersama nenek.Teringat juga kata-kata nenek sebelum pulang ke mesir semula.Antara kata-kata nenek:"Izah,maafkan nenek.nenek tak tahu sempat ke tak untuk jumpa izah lagi.....Aku menjawab:"nek, takpe nek sempat aje......Izah balik hujung tahun depan aje.....Nenek selalu suruh aku mendoakan nenek hatta sebelum nenek masuk hospital bila aku telepon nenek,nenek selalu berpesan jangan lupa doakan nenek.

Kini semua itu hanya tingal kenangan dan memori yang aku boleh simpan di dalam hati.Sejak aku lahir lagi,nenek sudah menjagaku.Sejak kecil,aku dibelai dan dimanjakan.Semua kehendakku tidak pernah ditolak.Aku memang banyak tinggal dengan nenek.Bila hujung minggu atau waktu cuti sekolah,aku pasti akan tidur di rumah nenek dan atuk.3 tahun yang lalu,pada bulan 2,atukku juga menyambut seruan Illahi ketikaku berada di mesir juga.Nenek walaupun gelaran pada nama seperti ibu yang menatang minyak yang penuh pada diriku ini.Rumah neneklah tempat untukku ziarah ketika merajuk dengan keluarga(zaman nakal:p)Rumah nenek tempat atau port bila aku tertekan.Rumah nenek juga adalah rumah kedua setelah rumahku.Walaupun aku tidak pernah meluahkan masalah pada nenek,aku suka mendengar nenek bercerita.Aku suka kerana setiap kali aku datang nenek pasti akan masak masakan kegemaranku.Aku tidak macam cucu-cucu nenek yang lain.Mungkin nenek lebih memanjakanku kerana aku dan abang antara cucu sulung,sementelah lagi aku merupakan satu-satunya cucu yang mengambil bidang agama.Semasa kecil,arwah atukku suka sangat melihatku makan sehingga timbul rasa gelisah untuk makan.Memang mereka akan kasi aku makan sehingga terlebih kenyang.Kadang-kadang aku rasa penat tetapi selalu mera'ikan kerana kalau tak tambah,mereka akan kata mereka masak tak sedap.Banyak lagi kenangan-kenangan pahit dan manis dirasa'i bersama.Teringat juga kisah setelah aku balik mesir,ada kejadian yang berlaku di singapura ketika itu,bila aku menelefon nenek,nenek menangis dan merayu untukku menelefon seseorang kerana nenek sangat merinduinya......Nenek.....Izah tujukan kata-kata ini buat nenek....moga kita akan jumpa di syurga kelak....aminn.....Terima kasih nek banyak memanjakan Izah........Terima kasih nek kerana mengenalkan izah erti kasih sayang.....Izah minta maaf tak dapat nak mandikan jenazah nenek.....tapi Izah dan kawan-kawan buat solat jenazah ghaib untu nenek......:'(

Sekalung alfatihah,ku hadiahkan buat arwah nenek yang dirindui,
Hajah leha Abd Rahman nama diberi,
limpahan kasih sayangmu sangat-sangat dihargai,
pengalaman bersamamu sangat diingati,
Terima kasih buat nenek yang dicintai,
kerana sentiasa memanjakan diriku ini,
sentiasa memberiku ruang untuk ditiduri,
Terima kasih diucap berulang kali,
kerana sentiasa melayani diri ini,
menyayangi cucumu ini,
sentiasa melayani permintaan ini,
kenangan bersamamu sangat dihargai,

kini,
dirimu telah dulu menyambut seruan Illahi,
telah diucapkan berulangkali dibibirmu bahawa dirimu akan pergi,
namun aku selalu menidaki,
bukan tidak mempercayai,
tetapi tidakkku sanggup untuk hadapi semua ini,
tetapi hari ini,
aku sedari,
kata-katamu harus dipercayai,
nenek lebih mengetahui,
tetapi,
aku yakini,
dirimu lebih bersedia untuk menghadap illahi,
pemergianmu ketika ini sangat dirasai,
rasa baru semalam dibelai.

Ya Allah tabahkan hatiku ini,
ampuni segala dosa-dosa nenekku ini,
izah pasti merindui nenek......
semoga arwah nenek akan dimasukkan ke jannah bersama arwah atuk,
dan ditempatkan bersama para solihin,
semoga kita akan jumpa bersama-sama di akhirat yang kekal abadi,
bersama rasulullah yang dicintai,
tidak lupa juga bersama para sahabat yang dikasihi,
dan bersama-sama pejuang agama yang lain.
aaminn........

salam sayang dari diriku...
cucu yang pasti merinduimu,
peringatan juga supaya lebih menghargai orang-orang yang disayangi,
semoga allah tabahkan hati ayah dan maksu,
berserta anak-anak,
tidak lupa cucu-cucu yang lain,
semoga semua sentiasa mendoakan nenek dan atuk,
kerana itu sahaja penghubung kita kepada mereka,
semoga peninggalan nenek dan atuk menghadap illahi,
lebih mendekatkan diri kita dengan allah,
kerana dunia ini semakin tua,
tidak ada masa lagi untuk kita berfoya,
beramallah sebelum kita dijemput malaikat maut,
moga ini adalah peringatan untuk diri yang dhaif ini,
jua buat sesiapa yang membaca coretan ini,

akhir kalam buat sesiapa yang membaca warkah ini,
permintaan supaya membaca alfatihah khusus buat nenek yang baru pergi,
Terima kasih diucapkan buat sesiapa yang menunaikan permintaan ku ini.

Saturday, March 6, 2010

Qiammullail

Sebenarnya sebelum buat post kali ini,ada 2 atau 3 tajuk dalam pemerhatian ana.Tapi akhirnya ana pilih tajuk ini memandangkan diri ini masih lemah dan ingin cuba perbaiki dalam Qiammulail.Sebagaimana yang diketahui,Qiammulail bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dan ia memang perlukan kejuhudan yang tinggi.Kadang2 nak bangun pun payah walau 2 ke 3 alarm dah dibunyikan.Tapi moga-moga ana akan bertambah berazam bila sudah tahu tentang kelebihan Qiammulail ini.

Dalam Surah alMuzammil,Allah telah berfirman:"Hai Orang yang berselimut. Bangunlah untuk Solat di malam hari kecuali sedikit daripadanya.Yaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.atau lebih dari seperdua itu.Dan bacalah AlQur'an dengan perlahan-lahan."

Mafhum dari Hadis"Bahawa Rasulullah s.a.w bangun sebahagian daripada malam bersembahyang sehingga bengkak kedua kakinya maka Aisyah berkata kepada baginda; mengapa ya Rasulullah s.a.w lakukan ini semua sedangkan bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?Sabdanya bukanlah aku ini hamba yang bersyukur."

Terfikir sejenak sedangkan Rasullullah yang memang tidak ada dosa, solat dan qiam sehingga bengkak kaki,apatah lagi kita manusia yang memang ada dosa tidak kira kecil atau besar sepatutnya boleh buat lebih dari itu.Kita lemah tidak macam Rasullullah.Ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah.Sebab itu Manusia perlu saling mengingati antara satu sama lain.Penting juga sewaktu kita ini lagi2 yang sedang bergelar "student" menghidupkan rumah-rumah kita dengan bi'ah solehah atau menghidupkan rumah dengan melazimi Qiam.

Antara FADILAT QIAM:
1- Do'a diperkenankan
2- Dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah
3- Dapat menghapuskan dosa
4- Dapat menjaga badan dari penyakit.
5- Dapat menegah dari membuat kemungkaran
6- Terlepas dari seksaan kubur
7- Qiam adalah sebaik2 solat selepas Solat Fardhu
8-Qiammullail dapat memperbanyakkan zikir
9-Penyebab ke syurga

MasyaAllah,banyaknya Fadilat qiam yang sama ada disedari atau kurang disedari oleh masyarakat kita.Sebenarnya banyak lagi Fadilat qiam yang ada tapi ini mungkin secara ringkas sahaja.Sekarang ini kita lihat pula ADAB DAN SUNNAH QIAM:
1-Niat sebelum tidur
Sebelum tidur mestilah kita niat dan beriltizam untuk bangun Qiam,Insyaallah pasti kita akan bangun:)
2-Hendaklah bangun qiam dengan solat pembukaan 2 rakaat yang ringan sahaja.
3-Hendaklah mengejutkan ahli bait juga untuk sama-sama bangun qiam.
4-Hendaklah tingalkan solat seketika jika terasa ngantuk.
5-Tidak menyusahkan diri akan tetapi memudahkan kita.
Maksudnya kita seharusnya buat waktu yang memang kita mampu dan tidak memudaratkan diri.Contoh:Jikalau kita bersekolah dari awal pagi mungkin kita janganlah qiam sepanjang malam,cukuplah sekadarnya atau cukuplah setengah jam atau 1 jam.Jangan sehingga bila di sekolah,kita tertidur apabila mendengar kuliah di universiti.

PENYEBAB KEPADA SENANG UNUK BANGUN QIAM:
Terbahagi kepada 2:
1-Penyebab Zahir
2-Penyebab Batin

PENYEBAB ZAHIR:
1-Jangan banyak makan dan minum lagi2 semasa hendak tidur
2- memenatkan diri dengan pekerjaan yang tidak berfaedah di waktu siang
3- Cuba lazimi Qailulah maka ia juga akan memudahkan kita untuk qiammulail
4-Jauhi maksiat atau elakkan buat dosa di waktu siang

PENYEBAB BATIN:
1-Hati bersih dari hasad dengki
2-Takut pada akhirat
3-Rasa sayang yang sangat tingi kepada Allah dan kekuatan Iman
Bila di masa qiamnya tidak langsung bercakap dengan sesiapa melainkan bermunajat dengan Allah sepanjang Qiam.

InsyaAllah Jika kita ikut peraturan dan sunnah-sunnah yang dicadangkan,Insyaallah pasti kita mudah untuk bangun Qiam.Cubalah step by step.Pertama sekali kalau kita tak pernah bangun qiam,cuba buat seminggu sekali.Yang penting Istiqamah.Jangan kita tunggu kawan dahulu untuk melaksanakan.Lazimi dengan diri sendiri untuk memulakan atau menghidupkan sesuatu yang baik.Lama kelamaan pasti dengan mudah kita boleh bangun qiam setiap hari.

Kalau belajar kita boleh berusaha untuk dapat mumtaz begitu juga dengan Qiam.Yang penting Ikhlas,niat,Iltizam dan usaha.

"Allahummaj'alna mimman tuhibbuhum waj'alna min 'Ibadikarrabbaniyyin alqa,imin alsajidin alrraki'in.aamin,Ya rabal alamin:)

Wednesday, March 3, 2010

Ku bersyukur semakin dekat dengan si dia..................

Alhamdulillah.......Di malam yang dingin ini,semakin dingin apabila duduk di hadapan kipas:p, dipasangkan pula sebuah lagu syahdu bertajuk di persimpangan aku berdiri yang dinyanyikan oleh edcoustic membuatkan ku rasa bersyukur berada di jalan ini.Lagu ini membuatkan hatiku tersentak,membuatkan hati ku rasa sayu andai ku bukan berada di Jalan ini.Jalan yang sememangnya aku inginkan dari dulu tapi masih lagi mencari Jawapan ke arah Jalan ini.

Cukuplah…
kusimpan semua ceritaku
yang dulu
Tentangku…
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

(*)Di Persimpangan aku…
berdiri membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah…

Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kelmarin kutinggalkan
kelamku…
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

ho…ho…ho…

Bila mendengar lagu ini,ku teringat kembali zaman silamku.ku teringat kembali zaman jahiliyyah ku.terasa seperti ingin menangis seperti bayi kecil.Tapi kalau menangis air mata darah sekalipun,ia tak akan mengubah memori yang dulu.Apa yang boleh ku buat adalah taubat nasuha.Aku mesti menjadi penggerak kepada dakwah.Aku mesti menjadi pengerak kepada tarbiyah.Kalau selama ini,aku mengambil contoh orang lain untuk menjadi qudwah,biarlah kali ini aku yang menjadi Qudwah.Biarlah kali ini aku yang bertungkus lumus.Biarlah kali ini aku yang berpenat lelah.Aku ingin contohi dirimu Ya Rasullullah.

Alhamdulillah makin lama duduk di Jalan ini,aku makin faham erti Tarbiyah.ku makin faham kenapa aku duduk di jalan ini.Aku semakin faham kenapa aku perlu berpenat lelah dan menyibukkan diri dengan program2 tarbiyah.Aku semakin faham kenapa aku perlu cari mad'u.Aku semakin faham kenapa aku perlu menyebarkan fikrah?Aku semakin takut dengan banyaknya tanggungjawab yang belum dilaksanakan.Aku semakin takut pada kerehatan dunia.Kata Ahmad rasyid belum lagi dinamakan atau dikatakan tahap pengorbanan andai bila balik ke rumah tidak ada rasa lenguh atau penat di lutut".Kata-kata ini membuakan ku terfikir selama hidupku di dunia ini,pernah ke aku merasai sebegitu.Pernahkah ku merasai lenguh lutut disebakan kesibukan berdakwah di sana sini?Tak tahu kenapa kebelakangan ini hatiku sentiasa sayu dan diratap pilu bila mengenangkan tarbiyah yang ku dapat.Kerana Tarbiyah ini,egoku untuk tidak mengeluarkan airmata musnah.Aku selalu memang tidak suka menangis dan selalu menganggap bila menangis kita adalah lemah.Tapi lama kelamaan kenapa airmata ini yang selalu bercucuran.Bila mengenangkan neraka,aku sangat takut.Sudah bersediakah diriku ini untuk menghadap tuhanku?Terasa sekarang ini,dadaku sangat sempit."Ya Allah,matikanlah ku dalam khusnul khatimah,aku tidak mahu mati dalam su'ul khatimah.Aku mahu mati sepertimu Ya Rasullullah,Bilamana banyak sangat dakwah dan tarbiyah yang telah dilakukan semua menjadi contohan.Semua insan yang baca kisah sejarah dan perjuangan rasullullah sangat terkesan dengan dakwah rasullullah."Ya Allah,aku memerlukan petunjukmu.Aku memerlukan kekuatan darimu.Aku tidak mahu mendengar arahan nafsu dan bisikan syaitan.Ya Allah,bantulah hambamu ini.Aku ingin menjadi anak yang solehah.Aku ingin menjadi pendakwah yang berjaya.Perkenankan doaku ini ya rabb"

Perhatian untuk sahabatku sekalian,dunia sudah banyak berubah.Sekarang ini banyak berlaku ghazwatul fikr.Terlampau banyak sangat berlaku pertentangan pemikiran.Perempuan yang melakukan zina sudah seperti biasa dan tidak ada yang pelik bila berlaku.Kita kenalah jaga nafsu kerana pengikutan kepada nafsu membuatkan dirimu ke arah kebinasaan.Janganlah kita kalah kepada nafsu kelak nafsu itu yang akan memakan diri kita sendiri.Kita juga perlu ada sesuatu untuk dijadikan pengikut supaya kita lebih berdisiplin.pendek kata,kita perlu ada Jama'ah.Kita perlu ada sesuatu dalam diri kita untuk mencapai mardhatillah.Bila Semua umat islam di dunia ini bersatu,barulah kita akan dapat negara islam.Yang penting kita harus usaha dari sekarang.Ayuh.....Wahai sahabatku sekalian....ayuh berganding bahu untuk Islam.Mari kita bergamding bahu untuk Rasullullah.Marilah kita berganding bahu andai kita semua mahu duduk di syurga yang indah permai.Alhamdulillah akhirnya ku bersyukur semakin dekat dengan tarbiyah.Tarbiyah ini membuatkan diriku semakin dekat dengan pencipta alam.Ia juga membuatkan ku semakin dekat untuk mengenali diri Rasullullah.Ia juga semakin mendekatkan diriku untuk menjaga ukhuwwah dan banyak lagi yang tiada terungkap di bibirku ini.Alhamdulillah........ku bersyukur kerana semakin dengan si dia.......wallahu a'lam

Friday, February 26, 2010

Setelah sekian lama menghilang..................

Alhamdulillah,hari ni dengan penuh semangat dan walau terdapat pelbagai rintangan, ana tetap kuatkan hati untuk update blog setelah lebih dari sebulan tak update.Sebenarnya setiap hari terdetik untuk update blog,setiap hari terpikir idea-idea baru untuk letak di blog ini,tapi.....hmmmmmm.......tidak ada alasan cuma mungkin diri ini lebih perlu diperbaiki.Diri ini yang lebih perlu muhasabah diri,diri ini juga perlu lebih bersemangat dan praktikkan segala apa yang telah dipelajari.Alhamdulillah,syukur sangat dah berlalu exam,syukur sangat dengan program-program yang dihadiri,syukur atas segala nikmat.Di saat ana menulis blog ini,tersa seperti air mata mahu menitik kerana sangat bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah."Terima kasih Ya Allah."Mungkin semua yang membaca akan berasa bingung dan tertanya-tanya atau tak faham dengan tulisan ana".Tapi takpelah biarlah ana seorang yang memahami keadaan ini.

Ana rasa ana sudah semakin faham erti tarbiyah.ana sudah semakin faham erti dakwah.ana sudah semakin faham segala-galanya.Makin ana faham makin bertambah berat hati ana,makin bertambah berat tanggungjawab terasa dipikul pada diri ini.Rasa diri ini memang wajib laksanakan tuntutan tersebut."Ya Allah, hanya engkau yang mampu membantu diriku ini.Moga dengan bergiat dalam dakwah ini,ana tidak akan lupakan hak mak ayah,hak keluarga,hak sahabat,hak ukhti,hak ahl bait dan segala hak2 hak yang lain.Moga ana terus thabat dan istiqamah dalam qiamullail.Moga semua yang baca blog ini pun boleh doakan ana:)Mungkin setakat ini dahulu wallahua'alam