Sunday, December 20, 2009

Hikmah di sebalik penyakit

Alhamdulillah dapat juga menulis kali ini setelah hampir 2 minggu menyepi.Ana menulis coretan kali ini ketika ana sedang demam.sebenarnya kalau ikut rasa hati macam tak larat tapi akan ku gagahi juga.Bukankah sakit itu sebahagian dari sunnah alam?Setiap penyakit yang datang itu adalah dari Allah,yang menyembuhkannya juga adalah dari Allah.Penyakit ini juga adalah ujian dari Allah.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:"(Dia) yang menciptakan kematian dan kehidupan kerana hendak menguji kamu, siapa di antara kamu yang amat baik amalannya, dan Dia Maha Kuasa,Maha Pengampun” (Al-Mulk : 2)

Mafhum dari ayat ini,Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan.dan sakit itu adalah sebahagian dari kehidupan sebab itu bila kita sakit harus banyak bersabar.Jangan banyak merungut.semua ini adalah ujian darinya.

Rasullullah bersabda:"Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya,ia akan memberi musibah kepadanya."(Riwayat al-bukhari)
Rasulullah juga bersabda:"Jika kamu sabar,bagi kamu syurga"(Riwayat albukhari)

Hadith ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang wanita yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang penyakit yang menimpanya dan memohon agar Rasulullah s.a.w mendoakan kesembuhan untuknya. Pengajaran dari hadith ini ialah penyakit yang Allah timpakan kepada manusia boleh membawa pahala jika ia bersabar atas penyakit itu.

Untuk umat Islam,sakit ini Allah cipta penyakit ini samaada sebagai kaffarah dosa atau kepada azab dosa yang pernah dilakukan.

Rasulullah s.a.w bersabda
“Tiada seorang muslim yang ditimpa kesusahan penyakit dan selainnya kecuali Allah akan padam kesalahan-kesalahannya sebagaimana pokok menggugurkan daunnya” (Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesungguhnya ia dahulu merupakan azab ke atas sesiapa yang ia kehendaki, lalu Allah jadikan ia rahmat bagi orang beriman. Tiada seorang hamba yang ditimpa penyakit Taun lalu ia tetap ditempatnya dengan sabar, maka ganjarannya sama seperti ganjaran seorang syahid” (Riwayat al Bukhari)

Bila membaca hadith ini,tiba-tiba ana teringat pada ukhti yang sangat rapat dengan ana.Baru-baru ini beliau menyampaikan berita dari Singapura bahawa beliau menghidap cancer hidung stage 3.Sebagaimana yang kita maklumi,cancer ada 4 peringkat.Peringkat ke 3 dan ke 4 adalah tahap kritikal.Bukan ku ingin jelaskan lebih lanjut tentang penyakit cancer tapi ingin ku ambil semangatnya.Semangat tak pernah putus asa,sentiasa mengucapkan kalimah Allah sejak mula ditimpa penyakit.Malah penyakit ini makin membuatkan dirinya lebih dekat dengan Allah.Bila telefon,beliau selalu menyuruhku mendoakannya malah mendoakan keluarganya agar dapat terima kenyataan ini.Maha Suci Allah,ana pun yang ditimpa penyakit kadang-kadang rasa futur.

Tapi Alhamdulillah hari ini ana semakin bertambah sihat.Moga sakit itu merupakan kaffarah kepada dosa-dosa ana yang lalu.Yang penting kite selalu positif bak kata pepatah "Think positive act positive".

Monday, December 7, 2009

Adakah bertambah amal bila bertambahnya usia kita?

Alhamdulillah wa syukrulillah di beri kesempatan oleh Allah untuk masih bernafas lagi di bumi ini.Ana tak tahulah kenapa kebelakangan ini ana agak sensitif sikit. Mungkin mengenangkan umur yang semakin meningkat tiba-tiba terpikir adakah sudah banyak bertambah amal dan ibadah kita?

Teringat ayat Allah "Wama Khalaqtul jinna walinsa illa liya'budun" maksudnya "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku."(Surah Alzariyat:56).Terasa diri sangat kekurangan masih lagi tak mampu untuk buat semua perkara kerana Allah.Tapi kita tidak patut berserah dan harus banyak mencapai target sehingga kita dapat Mardhatillah.Bukan syurga ke Idaman kita semua?Kalau kita hendak syurga,Dunia bukan tempat untuk kita berehat.Dunia adalah tempat kita berkerja,bersusahpayah.

Kita semua harus bersyukur tidak diuji dengan ujian yang hebat dan berat seperti umat-umat dahulukala dan seperti masyarakat di negeri palestin , india , afghanistan dan banyak lagi negara islam yang lain.Mereka kuat memperjuangkan agama Allah hingga titisan darah terakhir.Tapi kita?Sudah cukup ke kita memperjuangkan agama Allah?

Hari ini,6 disember 2009,hari ulang tahun ana yang ke 27 tapi 17 tahun yang lalu pada tarikh yang sama juga adalah merupakan hari yang sangat memilukan bagi kaum muslimin india kerana masjid Babri kebanggaan mereka di Ayodhya telah dimusnahkan oleh 150,000 orang kaum nasionalis hindu ekstremis dalam sebuah peristiwa yang telah dirancangkan.Ana rasa macam zalim pada diri ana sendiri merasa gembira menyambut hari kelahiran sedangkan mereka ini menyambut atau mengingati kisah kesedihan mereka yang sebenarnya patut dirasai oleh kita semua.

Teringat ayat quran dari Surah alhasyr ayat 18 yang bermaksud:"Hai orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".Satu peringatan untuk memuhasabah diri ana dan sekalian agar sentiasa bertaqwa dan beramal kepada Allah.Taqwa itu bukan datang dari mulut tetapi ia datang dari hati.Ia membuatkan kita rasa sedar,waspada dan sentiasa merasai bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita di dalam setiap hal.Kita akan merasa serba salah,takut dan malu bila buat perkara yang ditegah.Adakah setiap dari diri kita sentiasa merasai Allah berada di sekeliling kita?Bila difikirkan rasa gerun dan rasa seperti tak tenang.Rasa tak tenang sebab rasa banyaknya dosa yang dibuat.Rasa macam banyaknya ana tak buat atau memperjuangkan agama Allah.Rasa macam banyaknya kehidupan ana disia-siakan.Moga Allah ampunkan dosa ana dan umat sekalian.Moga catitan ini akan membuatkan ana terus beramal dan terus buat kerja.Doakan ana terus thabat di jalan ini dan menjadi anak yang solehah.aamin

Thursday, December 3, 2009

Sifat Akh Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...........Untuk tulisan ana yang pertama,ana tertarik untuk share tentang sifat akh seseorang muslim.Ini juga adalah untuk mengingatkan diri ana supaya meningkatkan diri ana dengan lebih baik lagi.Manusia ini sering lupa sebab itu kita perlu sentiasa diingatkan.Dalam buku Muntalaq,ia menyatakan pendakwah yang beriman tidak dapat melarikan diri dari 2 tarikan.Tarikan pertama: Tarikan iman , niat , pertimbangan dan kesedaran terhadap tanggungjawabnya.Dengan adanya dorongan ini,ia akan membuatkan kita sentiasa beramal soleh dan berada dalam keazaman yang baik. Tarikan kedua pula ialah:Godaan syaitan yang memperdayakannya agar mencintai dunia hingga mnyebabkan dia lalai, malas berusaha,panjang angan-angan dan malas menuntut ilmu.Keputusan terletak di tangan kita untuk pilih yang mana.Sebab itu kita harus membiasakan diri kite pergi ke majlis-majlis ilmu,biasakan diri membaca bahan-bahan ilmiah dan cuba untuk melawan hawa nafsu.ok,Ini baru muqadimah tak masuk lagi pada tajuk ini:)

Ana rasa ana dah pernah dengar ceramah atau muhadarah tentang tajuk ini lebih dari 5 kali.Tapi tidak cukup jika kita hanya mendengar tapi tak amalkan.Semua manusia boleh berkata-kata tapi sedikit sahaja manusia yang boleh berkata-kata dan beramal.Untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik,kita perlu ada target.kalau tak ada target memang susah untuk ubah diri.Sifat-sifat ini juga adalah contoh dai'e yang baik.Seorang dai'e itu perlu memulakan dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.

Sifat-sifat ini ialah:
1-Salimul Aqidah atau Aqidah yang sejahtera
Hendaklah sentiasa redha dengan Allah sebagai Tuhan ,Islam itu sebagai agama pegangan dan Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman.Kita juga hendaklah sentiasa merasakan diri kita sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t dan banyakkan mengingati akhirat disamping memperbanyakkan solat sunat dan Zikir.Dan terakhir sekali kita juga perlu menjauhi dosa dan syubhat,menjaga hati dan banyakkan istighfar dan bertaubat.

2-Sohihul Ibadah atau Ibadah yang betul
Kita perlu melakukan Ibadah yang meningikan roh dan Jiwa.Kita juga kena sentiasa perbaiki amalan kita dan ambil tahu tentang yang halal dan haram.Kita tidak perlu syadid atau terlampau kurang dalam ibadah tapi perlu ada sikap sederhana(wasatiah)

3-Matinul Khuluq atau Akhlaq yang mantap
Akhlaq kita adalah berdasarkan Al-quran dan apa yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w.Imam Hassan albanna juga menyatakan kewajipan yang perlu ada pada dai'e adalah akhlaq seperti berikut: Sensitif , Tawadhu',benar dalam perkataan atau perbuatan(sidq),tegas,tepati janji,berani , serius dan menjauhi teman yang buruk.

4- Musaqqaful fikri atau Fikiran yang berpengetahuan
Perlu berpengetahuan tentang agama Islam dan maklumat am supaya mampu untuk menyampaikan pada orang lain.Akan tetapi semua ini perlu bersumberkan al-quran dan sunnah dan ulama' yang thiqah.Imam hassan albanna juga menyatakan kita perlu dapat membaca dengan baik,mempunyai perpustakaan sendiri dan mahir dan dapat menguasai bidang yang diceburi.Kita juga mampu baca dan al-quran dengan baik,sentiasa tadabbur ayat alquran,mempelajari sirah dan kisah salafussoleh,dan mempelajari kaedah dan hukum2 yang penting.

5- Qawiyul Jismi atau Kuat tubuh badan
Dakwah itu adalah amanah dan tanggungjawab besar.Oleh sebab itu,ia perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasullullah juga sangat menitikberatkan soal ini.Mafhum hadis:"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah tapi pada keduanya ada kebaikan". Imam Hassan albanna juga menyatakan kita juga harus sentiasa memeriksa kesihatan diri,sentiasa beriadhah,dan tidak makan atau minum benda yang memudharatkan diri sendiri.

6- Mujahid linafsihi atau mampu melawan nafsu
Kita perlu ada azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam.Kita juga tidak menghiraukan kata-kata orang lain dalam mengamalkan Islam.Seorang Dai'e itu juga akan merasai suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa atau orang yang tidak mahu merasai kesusahan.

7- Kharisun ala Waqtihi atau menjaga waktu
"Masa itu lebih berharga daripada emas".Oleh itu,Kita perlu sentiasa berjaga-jaga tentang masa kerana masa ini tidak akan dicapai kembali kalau ianya terlepas.Para sahabat dulu juga sentiasa berdoa agar masa mereka sentiasa diberkati.

8- Munazzam ala syu'unihi atau tersusun dalam urusan
Kita perlu menyusun waktu yang baik.Kita juga perlu ada jadual kegiatan harian yang tersusun.Sentiasa berdisiplin dalam melaksanakan urusan dan melakukan urusan mengikut keutamaan.Dan cuba untuk gunakan masa dan waktu untuk Islam dan dakwah.

9- Qadir ala nafsihi atau mampu berusaha
Cuba melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih dari gaji dan pendapatan.Menjauhi segala bentuk kemewahan ,pembaziran dan menjauhi riba.

10- Nafi' lighairihi atau Berguna untuk orang lain
Dai'e ini umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.Dai'e juga adalah penggerak dakwah dan Islam.Mada depan Islam dan Hidup mati Islam bergantung pada Dai'e.Amal Islami adalah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.Dai'e berasa sangat gembira bila dapat membantu orang lain.Paling Indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seseorang manusia ke Jalan Allah.

Inilah dia 10 sifat akh muslim.Bila ana sendiri baca dan menaip,ana rasa banyak kekurangan pada diri ana yang perlu diperbaiki.Tetapi macammanapun kita perlu beruasaha untuk mengubah diri kita kerana seperti dalam mafhum firman Allah:"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri".(Surah Alra'du:11) Wallahua'alam

Salam Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim......
Segala Puji Bagi Allah yang menciptakan alam ini........dan bagi ana kekuatan untuk cuba menulis di dalam blog ini.Ini mungkin permulaan bagi ana.Mudah-mudahan selepas ini,akan berterusan hingga ke akhir hayat ana.Tujuan ana tulis di dalam blog ini adalah untuk menyampaikan tarbiah yang ana pernah dapat,untuk berkongsi ilmu2 syariah,berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman yang ana pernah dapat.Mudah-mudahan dengan menulis di dalam blog ini,akan memberi ana semangat untuk terus beramal dan mengubah diri ana untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.wallahua'lam