Tuesday, April 9, 2013

RINDU MESIR

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah setelah menggagahkan diri akhirnya tejadilah penulisan yang tak seberapa ini.Yang pasti,aku rasa aku akan ada lebih banyak idea bila ada masalah.hehe:)tapi sebenarnya tidak boleh macam itu.Aku kena kembangkan penulisanku untuk dakwah dan islam.Tapi memang senang untuk bercakap dari buat.

Sehingga saat ini,aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keluarga,kerjaya,belajar dan dakwah.:(memang bukan mudah untuk dibuatkan.Bak kata pepatah"Hidup ini ibarat roda".Bukan mudah untuk diriku menyesuaikan dengan keadaan sekeliling setelah belajar lebih kurang 12 tahun(4 tahun di Malaysia dan 8 tahun di mesir).Aku masih lagi belajar untuk menerima setiap keadaan.Ini bermakna bermulalah proses pembelajaranku di Singapura.

Singapura adalah sebuah Negara yang kesemuanya kita perlu bergerak dengan cepat dan perlu sentiasa meningkatkan diri dari masa ke semasa.Alhamdulillah ia mengajarku untuk menjadi muslim yang proaktif.Aku bersyukur juga dengan pekerjaan full time ku yang pertama.Ini adalah kerana matlamat ku dan matlamat syarikatku selari membuatkan apa jua halangan yang sedang aku tempuhi atau bakal aku tempuhi akan ku redahi demi mendapat keredhaan Allah ta'ala.Tetapi ia perlu banyak kesabaran dan perlu melalui banyak proses pembelajaran.

Ya Allah,kadang-kadang aku rasa tersepit:(.Aku tak mampu bahagi masa dengan baik.Aku sedih melihat permasalahan keluargaku.Aku cuba bantu yang mana aku mampu namun aku manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan.Aku tak pandai bahagi masa dengan dakwah dan kerjayaku.Aku masih lagi belajar untuk bahagi kesemuanya.Barulah aku faham bila sudah berkerjaya tak semudah itu untuk bahagi masa.Ia lebih mencabar dari zaman aku di mesir atau ketika aku belajar.

Yang pastinya,aku sangat rindukan mesir:(.
Aku sangat rindukan ukhuwah di sana.Aku sangat rindukan tarbiyah di sana.Aku sangat rindukan ilmu-ilmu di sana.Aku sangat merindukan segala-galanya yang berkaitan dengan mesir.Ashtaqqu ilaika kathiran:'(

Andai masa ini boleh diubah........tapi itulah Allah nak didik kita untuk belajar dari pengalaman dan ambil pengajaran dan iktibar dari pengalaman tersebut............Ya Allah andai umurku panjang ingin aku jejak sekali lagi di bumi anbiya' ini menimba ilmu-ilmu yang belum ku kutip dan merasai sekali lagi pentarbiyahan di sana.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Allah sebaik-baik perancang:)Allah tak pernah menzalimi hambanya.......Walau apa jua masalah,akan ku tempuhi hingga ke akhirnya.......Untuk mendapat syurga Allah bukannya mudah.Ia perlukan kepada mujahadah diri dan banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Aku berharap aku dapat memperbaiki diriku dengan lebih baik lagi dan dapat mencapai 10 sifat-sifat muslim dengan lebih baik.:)

Rindu nak dengar tasyji' dari akhawat mesir........moga kerinduan ini dititipkan buat mereka agar mudah segala urusan dan dakwah mereka.aamin.