Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu buat Ibuku yang tercinta

Selamat hari ibu diucapkan buat ibuku yang dihormati,
ibu yang amat ku rindui,
ibu yang terlalu banyak mengorbankan segala-galanya buat diriku ini,
walaupun semalam telah kuucapkan padamu
namun rasa tidak lengkap tanpa ku coretkan isi hatiku.
Hakikatnya terlalu pedih atau pilu jika diimbas kembali kenangan lalu,
kenangan yang boleh merentap emosi diri ini,
rasa ingin melutut di depanmu meminta maaf atas segala kesalahan yang lalu.

Terima kasih ibuku,
mendidik diriku dari kecil hingga ke saat ini,
tak pernah jemu mendidik atau berputus asa,
walaupun diri ini sentiasa mencabarmu,
namun ibu tetap bersabar,
melayani kerenahku yang entah apa-apa.

Terima kasih ibu,
sentiasa memberiku semangat saat ku berduka,
walau diri ini jarang meluahkan apa-apa padamu,
namun kekuatan ikatan hubungan dari dalam perut lagi,
membuatmu sentiasa dapat merasai kedukaan anakmu ini.

Terima Kasih ibu,
kerna di saat anakmu ini pernah membencimu suatu ketika dahulu,
Ibu memberikan sepenuh kasih sayang buat diriku ini.
Pernah satu ketika semua orang menyalahiku,
tapi ibu tampil memberiku sokongan.

Butakah mataku ini,
tak endahkan segala jasa baikmu,
pejalkah hatiku ini,
tak pernah nampak kebaikanmu,
Hanya melihat pada kelemahanmu.

Oh ibu,
Anakmu ini baru tersentak dari lamunan,
anakmu ini baru menyedari bila duduk berjauhan,
alhamdulillah diberi peluang menuntut ilmu jauhnya beribu-ribu batu,
Ongkosnya juga dari saku ibu.

Oh,Ibu.
Seringkali diri ini melihat ibu menadah tangan atas sejadah mendoakan anakmu ini,
tak pernah lupa untuk menghadap illahi walau seketika,
dirimu yakin segala-galanya atas takdir Allah.

Maafkan diri ini,
banyak menyusahkanmu,
tak terbalas segala jasamu,
tapi diri ini ingin mengatakan sesuatu,
anakmu ini sangat kagum dengan dirimu.

Ibu sanggup bersusah payah demi anak-anak,
Ibu sanggup menahan perasaan dan hati demi keluarga,
Ibu sanggup menanggung segala-galanya kerana taatkan suruhan Allah dan Rasulnya.

Betapa luhur dan sucinya hatimu ibu,
Ibu juga adalah Qudwahku,
Ibu adalah sumber Inspirasiku,
Ibu juga adalah segala-galanya bagiku.

Anakmu sentiasa berdoa untuk kebahgiaanmu,
tidak lupa untuk keluarga yang tercinta.

Sempena Hari Ibu ini,
anakmu ini ingin meminta maaf atas segala keterlanjuran yang lalu.
sangat dikesali perbuatan lalu,
tapi anakmu ini sudah menyedari dan ingin berubah.
Anakmu ini ingin menjadi anak yang Solehah.
Bukan sahaja pada ibu tapi juga buat ayah yang dihormati,
tidak lupa untuk menjadi adik yang penyayang,
untuk abang dan kakak yang disayangi,
seterusnya menjadi kakak mithali,
buat adik-adikku yang dirindui.
Semoga kita akan jadi keluarga mithali,
bukan sahaja di dunia tapi di akhirat juga.

Akhir sekali,
Selamat Hari Ibu buat Ibunda yang tersayang.
Anakmu ini sangat mencintai dirimu kerana Allah dan Rasulnya.
Uhibbuki Fillah,Ya Ummi:')

Saturday, May 1, 2010

Alfatihah buat nenek yang dicintai

Tiga hari yang lepas sebelum bangun untuk solat Isya' dan qiam,aku telah bermimpi dengan arwah nenek(ketika itu belum lagi meninggal).(Dalam mimpi) ketika aku datang menziarahi nenek,nenek sedang terbaring.Memang nenek aku sedang sakit dan tidak boleh bangun.Aku bertanya pada nenek:"nek,dah solat belum? nenek menjawab:"belum zah,nenek kan tak boleh bangun.lalu aku menjawab:"nek,x pe nek.tak boleh bangun pun boleh solat.lalu (kalau tak silap dalam mimpi)aku tolong nenek dan ambil sembahyangkan untuk nenek dan mengajarkan nenek cara-cara untuk solat.selepas itu,tiba-tiba nenek bangun sambil perhatikan aku dari Jauh.Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi lalu bangun untuk solat.Selesai sahaja solat Isya' dan tahajjud ,aku menelefon ayah untuk bertanya khabar nenek.Aku tidak menelefon nenek kerana maksu kerja dan mungkin tinggal bibik(orang gaji nenek)dan nenek sahaja.Nenek pun ketika itu tidak berapa sihat.Aku pun tidak lagi mengenali bibik yang baru ini lalu aku pun tidak menelefon nenek.Tapi ketika menelefon ayah,aku bertanya dengan ayah tentang keadaan nenek dan menceritakan mimpiku pada ayah.Ayah berjanji akan kirim salam pada nenek.Setelah itu,aku berhasrat untuk menelefon maksu bila ada masa lapang.Tapi semalam pada pukul 7 pagi bila bangun tidur,aku dikejutkan dengan mesej oleh mak yang mengatakan nenek sudah tiada.Lantas aku terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu' sambil bercucuran air mata.Ya Allah,adakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?adakah ini jawapan kepada mimpiku 3 hari lalu?Terimbas kembali kenangan bersama nenek.Teringat juga kata-kata nenek sebelum pulang ke mesir semula.Antara kata-kata nenek:"Izah,maafkan nenek.nenek tak tahu sempat ke tak untuk jumpa izah lagi.....Aku menjawab:"nek, takpe nek sempat aje......Izah balik hujung tahun depan aje.....Nenek selalu suruh aku mendoakan nenek hatta sebelum nenek masuk hospital bila aku telepon nenek,nenek selalu berpesan jangan lupa doakan nenek.

Kini semua itu hanya tingal kenangan dan memori yang aku boleh simpan di dalam hati.Sejak aku lahir lagi,nenek sudah menjagaku.Sejak kecil,aku dibelai dan dimanjakan.Semua kehendakku tidak pernah ditolak.Aku memang banyak tinggal dengan nenek.Bila hujung minggu atau waktu cuti sekolah,aku pasti akan tidur di rumah nenek dan atuk.3 tahun yang lalu,pada bulan 2,atukku juga menyambut seruan Illahi ketikaku berada di mesir juga.Nenek walaupun gelaran pada nama seperti ibu yang menatang minyak yang penuh pada diriku ini.Rumah neneklah tempat untukku ziarah ketika merajuk dengan keluarga(zaman nakal:p)Rumah nenek tempat atau port bila aku tertekan.Rumah nenek juga adalah rumah kedua setelah rumahku.Walaupun aku tidak pernah meluahkan masalah pada nenek,aku suka mendengar nenek bercerita.Aku suka kerana setiap kali aku datang nenek pasti akan masak masakan kegemaranku.Aku tidak macam cucu-cucu nenek yang lain.Mungkin nenek lebih memanjakanku kerana aku dan abang antara cucu sulung,sementelah lagi aku merupakan satu-satunya cucu yang mengambil bidang agama.Semasa kecil,arwah atukku suka sangat melihatku makan sehingga timbul rasa gelisah untuk makan.Memang mereka akan kasi aku makan sehingga terlebih kenyang.Kadang-kadang aku rasa penat tetapi selalu mera'ikan kerana kalau tak tambah,mereka akan kata mereka masak tak sedap.Banyak lagi kenangan-kenangan pahit dan manis dirasa'i bersama.Teringat juga kisah setelah aku balik mesir,ada kejadian yang berlaku di singapura ketika itu,bila aku menelefon nenek,nenek menangis dan merayu untukku menelefon seseorang kerana nenek sangat merinduinya......Nenek.....Izah tujukan kata-kata ini buat nenek....moga kita akan jumpa di syurga kelak....aminn.....Terima kasih nek banyak memanjakan Izah........Terima kasih nek kerana mengenalkan izah erti kasih sayang.....Izah minta maaf tak dapat nak mandikan jenazah nenek.....tapi Izah dan kawan-kawan buat solat jenazah ghaib untu nenek......:'(

Sekalung alfatihah,ku hadiahkan buat arwah nenek yang dirindui,
Hajah leha Abd Rahman nama diberi,
limpahan kasih sayangmu sangat-sangat dihargai,
pengalaman bersamamu sangat diingati,
Terima kasih buat nenek yang dicintai,
kerana sentiasa memanjakan diriku ini,
sentiasa memberiku ruang untuk ditiduri,
Terima kasih diucap berulang kali,
kerana sentiasa melayani diri ini,
menyayangi cucumu ini,
sentiasa melayani permintaan ini,
kenangan bersamamu sangat dihargai,

kini,
dirimu telah dulu menyambut seruan Illahi,
telah diucapkan berulangkali dibibirmu bahawa dirimu akan pergi,
namun aku selalu menidaki,
bukan tidak mempercayai,
tetapi tidakkku sanggup untuk hadapi semua ini,
tetapi hari ini,
aku sedari,
kata-katamu harus dipercayai,
nenek lebih mengetahui,
tetapi,
aku yakini,
dirimu lebih bersedia untuk menghadap illahi,
pemergianmu ketika ini sangat dirasai,
rasa baru semalam dibelai.

Ya Allah tabahkan hatiku ini,
ampuni segala dosa-dosa nenekku ini,
izah pasti merindui nenek......
semoga arwah nenek akan dimasukkan ke jannah bersama arwah atuk,
dan ditempatkan bersama para solihin,
semoga kita akan jumpa bersama-sama di akhirat yang kekal abadi,
bersama rasulullah yang dicintai,
tidak lupa juga bersama para sahabat yang dikasihi,
dan bersama-sama pejuang agama yang lain.
aaminn........

salam sayang dari diriku...
cucu yang pasti merinduimu,
peringatan juga supaya lebih menghargai orang-orang yang disayangi,
semoga allah tabahkan hati ayah dan maksu,
berserta anak-anak,
tidak lupa cucu-cucu yang lain,
semoga semua sentiasa mendoakan nenek dan atuk,
kerana itu sahaja penghubung kita kepada mereka,
semoga peninggalan nenek dan atuk menghadap illahi,
lebih mendekatkan diri kita dengan allah,
kerana dunia ini semakin tua,
tidak ada masa lagi untuk kita berfoya,
beramallah sebelum kita dijemput malaikat maut,
moga ini adalah peringatan untuk diri yang dhaif ini,
jua buat sesiapa yang membaca coretan ini,

akhir kalam buat sesiapa yang membaca warkah ini,
permintaan supaya membaca alfatihah khusus buat nenek yang baru pergi,
Terima kasih diucapkan buat sesiapa yang menunaikan permintaan ku ini.