Saturday, May 1, 2010

Alfatihah buat nenek yang dicintai

Tiga hari yang lepas sebelum bangun untuk solat Isya' dan qiam,aku telah bermimpi dengan arwah nenek(ketika itu belum lagi meninggal).(Dalam mimpi) ketika aku datang menziarahi nenek,nenek sedang terbaring.Memang nenek aku sedang sakit dan tidak boleh bangun.Aku bertanya pada nenek:"nek,dah solat belum? nenek menjawab:"belum zah,nenek kan tak boleh bangun.lalu aku menjawab:"nek,x pe nek.tak boleh bangun pun boleh solat.lalu (kalau tak silap dalam mimpi)aku tolong nenek dan ambil sembahyangkan untuk nenek dan mengajarkan nenek cara-cara untuk solat.selepas itu,tiba-tiba nenek bangun sambil perhatikan aku dari Jauh.Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi lalu bangun untuk solat.Selesai sahaja solat Isya' dan tahajjud ,aku menelefon ayah untuk bertanya khabar nenek.Aku tidak menelefon nenek kerana maksu kerja dan mungkin tinggal bibik(orang gaji nenek)dan nenek sahaja.Nenek pun ketika itu tidak berapa sihat.Aku pun tidak lagi mengenali bibik yang baru ini lalu aku pun tidak menelefon nenek.Tapi ketika menelefon ayah,aku bertanya dengan ayah tentang keadaan nenek dan menceritakan mimpiku pada ayah.Ayah berjanji akan kirim salam pada nenek.Setelah itu,aku berhasrat untuk menelefon maksu bila ada masa lapang.Tapi semalam pada pukul 7 pagi bila bangun tidur,aku dikejutkan dengan mesej oleh mak yang mengatakan nenek sudah tiada.Lantas aku terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu' sambil bercucuran air mata.Ya Allah,adakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?adakah ini jawapan kepada mimpiku 3 hari lalu?Terimbas kembali kenangan bersama nenek.Teringat juga kata-kata nenek sebelum pulang ke mesir semula.Antara kata-kata nenek:"Izah,maafkan nenek.nenek tak tahu sempat ke tak untuk jumpa izah lagi.....Aku menjawab:"nek, takpe nek sempat aje......Izah balik hujung tahun depan aje.....Nenek selalu suruh aku mendoakan nenek hatta sebelum nenek masuk hospital bila aku telepon nenek,nenek selalu berpesan jangan lupa doakan nenek.

Kini semua itu hanya tingal kenangan dan memori yang aku boleh simpan di dalam hati.Sejak aku lahir lagi,nenek sudah menjagaku.Sejak kecil,aku dibelai dan dimanjakan.Semua kehendakku tidak pernah ditolak.Aku memang banyak tinggal dengan nenek.Bila hujung minggu atau waktu cuti sekolah,aku pasti akan tidur di rumah nenek dan atuk.3 tahun yang lalu,pada bulan 2,atukku juga menyambut seruan Illahi ketikaku berada di mesir juga.Nenek walaupun gelaran pada nama seperti ibu yang menatang minyak yang penuh pada diriku ini.Rumah neneklah tempat untukku ziarah ketika merajuk dengan keluarga(zaman nakal:p)Rumah nenek tempat atau port bila aku tertekan.Rumah nenek juga adalah rumah kedua setelah rumahku.Walaupun aku tidak pernah meluahkan masalah pada nenek,aku suka mendengar nenek bercerita.Aku suka kerana setiap kali aku datang nenek pasti akan masak masakan kegemaranku.Aku tidak macam cucu-cucu nenek yang lain.Mungkin nenek lebih memanjakanku kerana aku dan abang antara cucu sulung,sementelah lagi aku merupakan satu-satunya cucu yang mengambil bidang agama.Semasa kecil,arwah atukku suka sangat melihatku makan sehingga timbul rasa gelisah untuk makan.Memang mereka akan kasi aku makan sehingga terlebih kenyang.Kadang-kadang aku rasa penat tetapi selalu mera'ikan kerana kalau tak tambah,mereka akan kata mereka masak tak sedap.Banyak lagi kenangan-kenangan pahit dan manis dirasa'i bersama.Teringat juga kisah setelah aku balik mesir,ada kejadian yang berlaku di singapura ketika itu,bila aku menelefon nenek,nenek menangis dan merayu untukku menelefon seseorang kerana nenek sangat merinduinya......Nenek.....Izah tujukan kata-kata ini buat nenek....moga kita akan jumpa di syurga kelak....aminn.....Terima kasih nek banyak memanjakan Izah........Terima kasih nek kerana mengenalkan izah erti kasih sayang.....Izah minta maaf tak dapat nak mandikan jenazah nenek.....tapi Izah dan kawan-kawan buat solat jenazah ghaib untu nenek......:'(

Sekalung alfatihah,ku hadiahkan buat arwah nenek yang dirindui,
Hajah leha Abd Rahman nama diberi,
limpahan kasih sayangmu sangat-sangat dihargai,
pengalaman bersamamu sangat diingati,
Terima kasih buat nenek yang dicintai,
kerana sentiasa memanjakan diriku ini,
sentiasa memberiku ruang untuk ditiduri,
Terima kasih diucap berulang kali,
kerana sentiasa melayani diri ini,
menyayangi cucumu ini,
sentiasa melayani permintaan ini,
kenangan bersamamu sangat dihargai,

kini,
dirimu telah dulu menyambut seruan Illahi,
telah diucapkan berulangkali dibibirmu bahawa dirimu akan pergi,
namun aku selalu menidaki,
bukan tidak mempercayai,
tetapi tidakkku sanggup untuk hadapi semua ini,
tetapi hari ini,
aku sedari,
kata-katamu harus dipercayai,
nenek lebih mengetahui,
tetapi,
aku yakini,
dirimu lebih bersedia untuk menghadap illahi,
pemergianmu ketika ini sangat dirasai,
rasa baru semalam dibelai.

Ya Allah tabahkan hatiku ini,
ampuni segala dosa-dosa nenekku ini,
izah pasti merindui nenek......
semoga arwah nenek akan dimasukkan ke jannah bersama arwah atuk,
dan ditempatkan bersama para solihin,
semoga kita akan jumpa bersama-sama di akhirat yang kekal abadi,
bersama rasulullah yang dicintai,
tidak lupa juga bersama para sahabat yang dikasihi,
dan bersama-sama pejuang agama yang lain.
aaminn........

salam sayang dari diriku...
cucu yang pasti merinduimu,
peringatan juga supaya lebih menghargai orang-orang yang disayangi,
semoga allah tabahkan hati ayah dan maksu,
berserta anak-anak,
tidak lupa cucu-cucu yang lain,
semoga semua sentiasa mendoakan nenek dan atuk,
kerana itu sahaja penghubung kita kepada mereka,
semoga peninggalan nenek dan atuk menghadap illahi,
lebih mendekatkan diri kita dengan allah,
kerana dunia ini semakin tua,
tidak ada masa lagi untuk kita berfoya,
beramallah sebelum kita dijemput malaikat maut,
moga ini adalah peringatan untuk diri yang dhaif ini,
jua buat sesiapa yang membaca coretan ini,

akhir kalam buat sesiapa yang membaca warkah ini,
permintaan supaya membaca alfatihah khusus buat nenek yang baru pergi,
Terima kasih diucapkan buat sesiapa yang menunaikan permintaan ku ini.

4 comments:

  1. Al-Fateha buat nenek tersayang, Hjh Leha Bte Abd Rahman.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah sis,
    Al-fatehah buat nenek yang sgt kamu cintai. Aku merasai sama seperti kamu merasai pada 4thn lalu(moyangku). Semoga nenek kamu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

    ReplyDelete
  3. Takziah kak fiza. semoga kak fiza bertemu dengan nenek kak fiza di jannah =)

    ReplyDelete
  4. Al-fatehah untuk nenek yg tercinta. :'(

    ReplyDelete