Thursday, December 3, 2009

Sifat Akh Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...........Untuk tulisan ana yang pertama,ana tertarik untuk share tentang sifat akh seseorang muslim.Ini juga adalah untuk mengingatkan diri ana supaya meningkatkan diri ana dengan lebih baik lagi.Manusia ini sering lupa sebab itu kita perlu sentiasa diingatkan.Dalam buku Muntalaq,ia menyatakan pendakwah yang beriman tidak dapat melarikan diri dari 2 tarikan.Tarikan pertama: Tarikan iman , niat , pertimbangan dan kesedaran terhadap tanggungjawabnya.Dengan adanya dorongan ini,ia akan membuatkan kita sentiasa beramal soleh dan berada dalam keazaman yang baik. Tarikan kedua pula ialah:Godaan syaitan yang memperdayakannya agar mencintai dunia hingga mnyebabkan dia lalai, malas berusaha,panjang angan-angan dan malas menuntut ilmu.Keputusan terletak di tangan kita untuk pilih yang mana.Sebab itu kita harus membiasakan diri kite pergi ke majlis-majlis ilmu,biasakan diri membaca bahan-bahan ilmiah dan cuba untuk melawan hawa nafsu.ok,Ini baru muqadimah tak masuk lagi pada tajuk ini:)

Ana rasa ana dah pernah dengar ceramah atau muhadarah tentang tajuk ini lebih dari 5 kali.Tapi tidak cukup jika kita hanya mendengar tapi tak amalkan.Semua manusia boleh berkata-kata tapi sedikit sahaja manusia yang boleh berkata-kata dan beramal.Untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik,kita perlu ada target.kalau tak ada target memang susah untuk ubah diri.Sifat-sifat ini juga adalah contoh dai'e yang baik.Seorang dai'e itu perlu memulakan dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.

Sifat-sifat ini ialah:
1-Salimul Aqidah atau Aqidah yang sejahtera
Hendaklah sentiasa redha dengan Allah sebagai Tuhan ,Islam itu sebagai agama pegangan dan Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman.Kita juga hendaklah sentiasa merasakan diri kita sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t dan banyakkan mengingati akhirat disamping memperbanyakkan solat sunat dan Zikir.Dan terakhir sekali kita juga perlu menjauhi dosa dan syubhat,menjaga hati dan banyakkan istighfar dan bertaubat.

2-Sohihul Ibadah atau Ibadah yang betul
Kita perlu melakukan Ibadah yang meningikan roh dan Jiwa.Kita juga kena sentiasa perbaiki amalan kita dan ambil tahu tentang yang halal dan haram.Kita tidak perlu syadid atau terlampau kurang dalam ibadah tapi perlu ada sikap sederhana(wasatiah)

3-Matinul Khuluq atau Akhlaq yang mantap
Akhlaq kita adalah berdasarkan Al-quran dan apa yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w.Imam Hassan albanna juga menyatakan kewajipan yang perlu ada pada dai'e adalah akhlaq seperti berikut: Sensitif , Tawadhu',benar dalam perkataan atau perbuatan(sidq),tegas,tepati janji,berani , serius dan menjauhi teman yang buruk.

4- Musaqqaful fikri atau Fikiran yang berpengetahuan
Perlu berpengetahuan tentang agama Islam dan maklumat am supaya mampu untuk menyampaikan pada orang lain.Akan tetapi semua ini perlu bersumberkan al-quran dan sunnah dan ulama' yang thiqah.Imam hassan albanna juga menyatakan kita perlu dapat membaca dengan baik,mempunyai perpustakaan sendiri dan mahir dan dapat menguasai bidang yang diceburi.Kita juga mampu baca dan al-quran dengan baik,sentiasa tadabbur ayat alquran,mempelajari sirah dan kisah salafussoleh,dan mempelajari kaedah dan hukum2 yang penting.

5- Qawiyul Jismi atau Kuat tubuh badan
Dakwah itu adalah amanah dan tanggungjawab besar.Oleh sebab itu,ia perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasullullah juga sangat menitikberatkan soal ini.Mafhum hadis:"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah tapi pada keduanya ada kebaikan". Imam Hassan albanna juga menyatakan kita juga harus sentiasa memeriksa kesihatan diri,sentiasa beriadhah,dan tidak makan atau minum benda yang memudharatkan diri sendiri.

6- Mujahid linafsihi atau mampu melawan nafsu
Kita perlu ada azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam.Kita juga tidak menghiraukan kata-kata orang lain dalam mengamalkan Islam.Seorang Dai'e itu juga akan merasai suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa atau orang yang tidak mahu merasai kesusahan.

7- Kharisun ala Waqtihi atau menjaga waktu
"Masa itu lebih berharga daripada emas".Oleh itu,Kita perlu sentiasa berjaga-jaga tentang masa kerana masa ini tidak akan dicapai kembali kalau ianya terlepas.Para sahabat dulu juga sentiasa berdoa agar masa mereka sentiasa diberkati.

8- Munazzam ala syu'unihi atau tersusun dalam urusan
Kita perlu menyusun waktu yang baik.Kita juga perlu ada jadual kegiatan harian yang tersusun.Sentiasa berdisiplin dalam melaksanakan urusan dan melakukan urusan mengikut keutamaan.Dan cuba untuk gunakan masa dan waktu untuk Islam dan dakwah.

9- Qadir ala nafsihi atau mampu berusaha
Cuba melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih dari gaji dan pendapatan.Menjauhi segala bentuk kemewahan ,pembaziran dan menjauhi riba.

10- Nafi' lighairihi atau Berguna untuk orang lain
Dai'e ini umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.Dai'e juga adalah penggerak dakwah dan Islam.Mada depan Islam dan Hidup mati Islam bergantung pada Dai'e.Amal Islami adalah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.Dai'e berasa sangat gembira bila dapat membantu orang lain.Paling Indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seseorang manusia ke Jalan Allah.

Inilah dia 10 sifat akh muslim.Bila ana sendiri baca dan menaip,ana rasa banyak kekurangan pada diri ana yang perlu diperbaiki.Tetapi macammanapun kita perlu beruasaha untuk mengubah diri kita kerana seperti dalam mafhum firman Allah:"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri".(Surah Alra'du:11) Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment